Sunday, January 12, 2014

BERAT TURUN 13KG DALAM 1 BULAN?? JOM TGOK APA RAHSIANYA

Last Thurday aku ada dpt whatsapp feedbcak dri customer yg telah mengambii set kurus sekali set menyusu..Alhamdulillah...masa pregnant mmg tembam katanya berat mencecah 80kg...sukar dipercayai..

So aku pun terus propose 4 produk shaklee iaitu:

1. Alfalfa
2. ESP 
3. Lecithin
4. Omega Guard

Set penyusuan selain berfungsi sebagai "milk booster"  dan memberi tenaga kepada ibu menyusu, ia juga membantu ibu-ibu yang ingin turunkan berat badan kerana di dalam set ini terdapat :
Alfalfa : berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Di samping tu, kalau anda makan ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman. 

ESP : yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.  

Lecithin : Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn.   

Omegaguard : Selain penting untuk perkembangan otak, omega-3 juga berperanan dalam penurunan berat badan. Mengikut kajian oleh American Journey of Physiology, Endocrinology & Metabolism, pengambilan omega-3 yang konsisten menurunkan paras lemak dan tindakbalas badan terhadap leptin. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak, berinteraksi dengan bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan kenyang. 




Diatas adalah whatsapp dari customer yg telah mengambil set kurus Shaklee..dan telah repeat mengamalkan produk ini. Anda diluar mcm mana? berminat dgn produk ini sila hubungi saya Independent Distributor anda untuk menjayakan misi anda juga..



JGN LEPASKAN PELUANG INI UTK KESIHATAN SEISI KELUARGA ANDA...

SMS/WHATSAPP 019-3559269 (ZAIDI)
**COD AREA TELUK INTAN, TANJUNG MALIM. POSTAGE DI SELURUH MALAYSIA...

ALFALFA..BYK MANFAATNYA..

ALFALFA

Produk ini antara yg paling laris dan boleh dikombinasi bersama-sama produk yang lain..

Emm..apa alfalfa ni ye??
Jom kita kenal dulu apa tu alfalfa...bru kita boleh tahun manfaat produk tersebut..

Alfalfa yang dalam bahasa ilmiahnya bernama Medicago sativa merupakan tanaman paling kaya nutrisi dan zat mineral. Itulah sebabnya dinamakan dengan “Raja Segala Tumbuhan”. Sejak 2500 tahun yang lalu tanaman Alfafa ini telah dimanfaatkan oleh manusia. Tanaman Alfafa ini mengandung protein yang tinggi, 15 zat mineral, 10 vitamin, asam amino, klorofil, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi setara segelas susu.

 
Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation. 
Kenapa Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplemen pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak, maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplemen Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada semua golongan. 

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga mengandungi mineral kalsium, magnesium, kalium, fosforus, zat besi, flourida, protein, mineral surih, serat, dan asid lemak. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah. Alfalfa juga telah digunakan sekian lama di Afrika sebagai milk booster untuk ibu yang menyusukan anak.

Di antara vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Alfalfa Shaklee adalah:
  • Vitamin A - Untuk penglihatan. Membina ketahan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan: menggalakan pertumbuhan sel, menggalakan kulit yang sihat.
  • Vitamin E - melindungi sel-sel daripada sinar uv, kesihatan jantung, kardiovaskular, kesihat otot, memperbaiki sistem imun badan, menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
  • Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metbaolisme protein dan lemak, menggalakan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.
  • Vitamin K - penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati
  • Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan
  • Kalsium - membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah, mengawal rentak jantung, membantu pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.
  • Zat besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
  • Kalium - membantu fungsi otot, jantung, tindakbalas enzim dan untuk digest lemak.
  • Fosforus - meningkatkan peranan tisu saraf.
  • Sodium - mengawal keseimbangan cecair dalam badan
  • Magnesium - mengelakkan sembelit, membantu fungsi otak dan melindungi kulit.
  • dan banyak lagi vitamin dan mineral yang dijumpai yang tak dinyatakan di sini.
Selain itu, Alfalfa juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Protein diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan kita. Kekurangan protein di dalam badan menyebabkan kita cepat lesu dan letih. Akar alfalfa pula yang memanjang ke dalam tanah mencari mineral penting yang tidak kesampaian oleh tumbuhan lain.

ALFALFA NI UNTUK APA YE FUNGSINYA??

  1. Merawat gangguan pencernaan.
  2. Mengawal kolestrol dalam darah
  3. Menghapuskan kolestrol buruk (LDL) 
  4. Mengurankan risiko penyakit jantung dan strok
  5. Bagus untuk pesakit diabetis kerana mengurangkan paras gula dalam darah.
  6. Mencegah edema - Pengumpulan air di dalam badan terutama di bahagian kaki
  7. Mengurangkan simptom menopaus
  8. Merawat asma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik di dalam badan
  11. Merawat sakit otot dan sendi
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Terkenal dengan fungsinya yang memperbanyakkan susu ibu
  15. Merawat masalah pundi kencing
  16. Merawat masalah gastrik dan gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri
  20. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
  21. Membantu merawat lain-lain masalah kesihatan seperti alahan, gout, nafas berbau, arthritis, masalah kolon, hernia hayfever, bau badan, ulser dan sinus.

APA YG BEST SGT PASAL ALFALFA SHAKLEE NI??

  1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  3. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  4. Tidak memudaratkan bayi yang menyusu seperti panas dan cirit birit
  5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan
  6. Membantu melengkapkan zat dan nutrisi dalam pemakanan.
CONTOH TESTIMONIAL SELEPAS PENGGUNAAN ALFALFA 




JGN LEPASKAN PELUANG INI UTK KESIHATAN SEISI KELUARGA ANDA...

SMS/WHATSAPP 019-3559269 (ZAIDI)
**COD AREA TELUK INTAN, TANJUNG MALIM. POSTAGE DI SELURUH MALAYSIA...


Badan kita mengandungi racun?? Jom Detox!!!

DETOKS/DETOKSIFIKASI - SUATU PROSES PEMBUANGAN RACUN DARI DALAM TUBUH

Detoks adalah proses pembuangan racun (toksin) dari dalam tubuh kita, samada yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita mahu pun yang disebabkan oleh gaya pemakanan kita (seperti pestiside, pewarna, MSG, logam berat dalam air minuman, dan sebagainya), pengambilan ubat-ubatan, pencemaran udara, stress, pola makan yang tidak sihat dan radikal bebas. Proses detoks juga membantu memperbaiki metabolisme dan kemampuan tubuh untuk membuang racun (toksin) dari dalam tubuh secara semulajadi.
Toksin-toksin inil jika semakin banyak di dalam tubuh, iaitu di dalam di usus kita yang pada akhirnya menyebabkan penyakit degeneratif, kerosakan sel-sel tubuh dan penyakit kronik lainnya seperti kanser, kolesterol dan darah tinggi. Peningkatan racun di dalam tubuh juga mempengaruhi stamina dan kecergasan tubuh dalam menjalani kegiatan seharian serta penuaan diri.

Proses detoks ini sangat penting dilakukan sekerap mungkin kerana mengingatkan persekitaran hidup dan makanan yang kita makan setiap hari yang seringkali tercemar, sama ada kita sedar atau tidak.

MENGAPA DETOKS ITU PENTING?

Dengan detoks kita dapat:
1. Mencegah penyakit.
2. Merehatkankan organ tubuh.
3. Membersihkan bahagian dalam tubuh dari toksin-toksin yang berbahaya.
4. Menghilangkan jerawat
5. Melambatkan proses penuaan.
6. Meningkatkan kecergasan dan fleksibiliti tubuh.
7. Meningkatkan kesuburan.

GEJALA-GEJALA TUBUH YANG SEDANG MENGALAMI DETOKSIFIKASI
Gejala detoks adalah pelbagai dan cara mengatasinya juga adalah berbeza-beza, bergantung kepada paras kepekatan racun di dalam tubuh dan kepekaan masing-masing individu. Ini juga kerana setiap orang mempunyai metabolisma tubuh badan yang berbeza.

Beberapa gejala umum detoks adalah : pening, mual, gejala selsema, cirit-birit, perut memulas, sembelit atau gatal-gatal.

Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan sebagainya.

Detox Hati/Liver Detox

Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • milk thistle seed
  • schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
  • cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
  • dandelion
  • kunyit
  • artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)

Pembersih Usus/Colon Detox

Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.

Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria

  • penggunaan antibiotik.
  • umur
  • pemakanan yang tidak sihat
  • pengambilan serat yang rendah
  • kontraseptif oral
  • ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
  • tekanan
  • pengambilan gula yang tinggi




Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

Pencuci Darah
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.

Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.
Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

Pencuci Keseluruhan Tubuh
Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.

Page : My Family Vitashop
Email : haswadie2008@yahoo.com
sms/whatsapp : 019-3559269