Monday, November 3, 2014

Cara Tingkatkan Kesuburan

Tahukah anda cara untuk meningkatkan kesuburan

1. Buang Tabiat Buruk
- Sebaik sahaja memutuskan untuk hamil, suami yang mungkin gemar merokok perlu menghentikan tabiatnya itu. Hal ini kerana rokok mengurangkan peluang anda berdua menimbang anak. Jika hamil kemungkinan ia akan meningkatkan risiko keguguran @ kelahiran kurang berat badan.

2. Berat badan Sihat
- Wanita yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI : 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI : 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding yang mempunyai berat badan ideal. Jika berat badan ideal, lebih mudah anda kembali langsing selepas melahirkan anak nanti.

3. Kurangkan kafein
- Penggemar kafein perlu kurangkan pengambilannya jika mahu hamil. Jika dahulu anda minum sehingga 3 cawan sehari @ lebih, kini jadikannya hanya 1 cawan. Ini kerana kafein turut menyebabkan zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko anda menghidap anemia jika berjaya hamil kelak.

4. Sperma Sihat
- Untuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran mesra sperma. Jadi, elakkan penggunaan penyembur faraj, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma.

5. Bersama Setiap Hari
- Telur (ovum) tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Ia hanya boleh bertahan 1 - 2 hari sahaja. Walaubagaimana pun, sperma mempunyai kelebihan iaitu dapat bertahan 3 - 5 hari.Sekiranya anda dan suami bersama 3 hari sebelum waktu subur @ 2 hari selepas hari subur, peluang untuk hamil tetap ada.
- Bagi meningkatkan peluang untuk hamil, anda boleh bersama setiap malam pada hari ke-11, 12, 13, 14, 15, 16 haid bagi mendapatkan waktu optimum hari subur. Menerusi cara ini, hari subur anda dianggarkan akan berlaku pada hari ke 14. Namun, ia hanya boleh digunakan oleh anda yang mempunyai kitaran haid 28 hari.

6. Pengambilan Supplement untuk Lelaki & Wanita.
- Terdapat pelbagai produk di pasaran yang menjual set kesuburan. Berdasarkan testimonial daripada pelanggan saya sendiri, saya mencadangkan SET KESUBURAN SHAKLEE. Insha-Allah pengambilan supplement yang betul akan membuahkan hasil disamping berdoa kepada Yang Maha Pencipta. Bagi mereka yang berminat boleh terus hubungi saya di talian 019-355 9269.kesuburan



SET KESUBURAN SHAKLEE
 

No comments:

Post a Comment